:
JEMAAH PENGURUSAN


 

 

PENGERUSI

USTAZ SHOFWAN BADRIE BIN AHMAD BADRIE


Ustaz Shofwan Badrie mendapat pendidikan awal di Pondok Moden Darussalam, Gontor, Jawa Timur. Mengajar di cawangan Pondok itudi Jakarta selama 7 bulan. Menyambung pelajaran di Kolej Ilmu Islam dan Bahasa Arab,Universiti Imam Muhammad Saud, Jakarta (1 tahun).Belajar di Universiti Islam Madinah, empat tahun, mendapat ijazah Bahasa Arab dalam Bidang Dakwah dan Usuluddin. Semasa di sana, setiap tahun beliau akan membantu dan membimbing jemaah dari Indonesia untuk menunaikan haji.

Bekerja di Islamic Counsellor, Kedutaan Arab Saudi, Malaysia (1992-1994). Sejak 1986 beliau menjadi pendakwah sukarela di Perkim Cawangan Bangsar. Beliau turut menjadi pendakwah bebas serta Ahli Majlis Perunding dan Kajian Ilmiyah Al-Nidaa'. Beliau turut dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia pada 26 Mac 2006 dan pada Mac 2008 telah dilantik sebagai Pengerusi.

TIMBALAN PENGERUSI

TUAN HAJI OTHMAN @ ALIAS BIN MOHD

Tuan Haji Othman @ Alias Bin Mohd, atau lebih dikenali dengan nama Mas Othman, APAM , AIPDM, seorang akitek dengan ijazah B.Sc Arch dari Robert Gordon University Aberdeen Scotland, 1972.

Beliau memulakan karier akiteknya dengan bertugas sebagai Penolong Akitek di Hijjas Kasturi and Associates dari 1975-1976 dan selepas itu menunaikan khidmat negara selama 3 tahun di ibu pejabat JKR, Terengganu. Dalam tahun 1980, beliau membuka firmanya sendiri, Mas Othman Associates, yang beroperasi hingga kini.

Seorang muslim yang aktif, AR Othman berperanan sebagai imam masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Selangor dari 1995 hingga 1999. Dan kerana minatnya yang mendalam dibidang pendidikan Islam, beliau telah dan terus terlibat dalam penubuhan dan perjalanan beberapa sekolah Islam termasuk Sekolah Islam Adni di Kuala Lumpur dan Maahad Al-Manar di Kelantan.

 

SETIAUSAHA

USTAZAH ZAATI HANANI BINTI ABDUL HALIM

 

Ustazah Zaati Hanani Binti Abdul Halim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan kepujian daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan.

 

Beliau mula bertugas di SMITA sebagai Guru Diniah pada 25 Jun 2018 sebelum dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum pada 01 Mac 2021. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua SMITA mulai 18 September 2023.

 

PENOLONG SETIAUSAHA

CIKGU IDRIS BIN SALEH

Cikgu Idris Bin Saleh Merupakan Timbalan Pengarah Al- Nidaa' Bagi Tahun 2022. Merupakan salah seorang guru yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kokorikulum, akademik dan telah berkhidmat bersama Persatuan Kebajikan Al - Nidaa' lebih daripada 8 Tahun.
Beliau juga merupakan salah seorang bekas Guru Penolong Kanan Di Sekolah Menengah Al- Amin Gombak. Mempunyai pencapaian yang memberangsangkan membawa pelajar - pelajar Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al- Amin memenangi pingat Robotik, Chess di peringkat Kebangsaan.

BENDAHARI

TUAN HAJI AHMAD FAUDZI BIN MOHD YUSOF

Tuan Haji Ahmad Faudzi bin Mohd Yusof dilahirkan pada tahun 1947 dan berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Ahmad Faudzi Bin Mohd Yusof ialah se orang pesara. Bekas pelajar Maktab Mara(sekarang UiTM) beliau menamatkan pengajiannya dalam jurusan perakaunan di United Kingdom dan mempunyai kelulusan professional Chartered Institute of Management Accountants UK.

Sekembalinya dari luar negeri beliau bekerja dengan sebuah syarikat multinasional Amerika selama 20 tahun menyandang pelbagai jawatan dalam bidang perakaunan dan sistem perakaunan. Dalam jangka masa tersebut beliau pernah bertugas di New Zealand, Indonesia, Singapura dan Hong Kong sebelum kembali bertugas di Malaysia sehingga bersara.

TIMBALAN BENDAHARI

CIKGU AISHAH BINTI MD RASHIDI

Cikgu Aishah Binti Md Rashidi, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari daripada Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam, Selangor.

 

Beliau mula bertugas di SMITA sebagai Guru Akademik pada 29 November 2021 dan telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (Kurikulum) pada 18 September 2023.

AHLI JAWATANKUASA

CIKGU ROMLI BIN ABDUL HAMID

Encik Romli Bin Abdul Hamid, walaupun di lahirkan di Kubang Pasu, Kedah membesar dan bersekolah di Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak berikutan penghijrahan keluarganya. Setelah tamat pendidikan menengahnya sehingga ke tingkatan enam, beliau memilih untuk menjadi guru dan mendapat latihan di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru untuk Diploma Penguruan Asas.

Sejak permulaan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Seri Besout, Slim River pada tahun 1985, Cikgu Romli berpengalaman mengajar di peringkat sekolah menengah lebih dari 26 tahun. Dalam tahun 1995, beliau sempat memperluaskan kemahirannya dengan memasuki Institut Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk mendapat Diploma Perguruan Khas (Drama/sastera) Beliau juga telah mengikuti pelbagai kursus, seminar dan bengkel dan terlibat dengan beraneka aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Diluar kerja rasminya Cikgu Romli bergerak aktif dalam mempertingkatkan ilmu agamanya dan giat dalam penubuhan beberapa buah NGO dan kumpulan-kumpulan usrah.

AHLI JAWATANKUASA

Mohamad Amin Bin Mohamed Sharifulizam 
Jawatan : Pengurus Sumber Manusia (Bubblebee Sdn Bhd)
Pendidikan :
Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam (Universiti Sains Malaysia)

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Awam dan Undang-undang (Universiti Utara Malaysia)

Tahun Mula Berkhidmat : 2009


Pengalaman Bekerja :


1. 2009 - 2011 : Pengurus Pelatih (Golden Arches Sdn Bhd)

2. 2012 - 2014 : Pegawai Sekretariat Kembara (Jejak Tarbiah Resources)

3. 2014 - 2017 : Pegawai Perhubungan Korporat (Multiways Global Sdn Bhd)

4. 2018 - 2020 : Eksekutif Sumber Manusia (Aseania Group Sdn Bhd)

5. 2020 - 2022 : Pengurus Sumber Manusia (Bubblebee Sdn Bhd)